m e m o r y
about home twitter


Jadi Chef Bersama Mama Tercinta
Wednesday, September 25, 2013 | 9:01 AM | 0 comments

Assalamualaikum ! Ohh okay first Faris minta maaf laa kepada pembaca setia (kalau ada laa) blog fayies niyh ... Okay first thing sekali Faris dalam tak update blog ni sampai bersawang sebab terlalu sibuk dengan berniaga ... kalau korang nak tahu sekarang Faris buka gerai burger berniaga kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang sebelum melangkah masuk ke mana-mana Universiti nanti kan .. Okay now back to the tittle ... haa korang nak tahu tak yang harini Faris jadi chef taw ! *Nada Bangga* haha ... Harini Faris dengan mama Faris sama-sama masak nasi ayam ... sebenarnye kan , Faris memang minat memasak .. *minat memasak tak bererti ADIK-ADIK okay* haha ... bagi Faris laa kan masak tu bukan la seauatu kerjaya khas untuk kaum Hawa saja malah penting juga untuk kaun Adam ... Yela kalau yg dah kahwin tu , andai kata isteri pergi kursus ke apa kan korang boleh masak sendiri ... kalau korang nak tahu bila kita masak ni berikan kita satu kepuasan taw ... kalau korang tak caye korang try laa wahai kaum Adam ... Okay back to my first point , tadi actually mama beli ayam then tak tahu nak masak apa so mama pun call ayah tanya ayah nak makan apa harini then ayah cakap nak makan nasi ayam .. so apa lagi , mama dan Faris pun mulakan laa misi masak nasi ayam ... okay first , mama punya department masak nasi dan buat lada untuk ayam dan seangkatan dengannya ... aku pulak mama tugaskan perap ayam da menggoreng ayam ... actually ni first time aku buat nasi ayam , kalau masak yang lain tu da selalu kadang2 mama aku suruh aku masak dia just jadi pemerhati ... hehe ... so kitorang pun masak laa sampai berpeluh2 masing2 nak buat nasi ayam .. haha ... tapi paling best ، sementara tengah tunggu semua siap sempat jugak kacau mama gurau2 dengan mama ... haha ... sampai terlupa nak tekan button periuk nasi tu .. haha .. okay lepas tu dalam lebih kurang setengah jam siap laa menu kitorang tuh ... lepas masak tu memang aku rasa puas sangat sebab ap Faris tak dapat nak gambarkan ... kalau korang nak tahu kena try masak sendiri ... hurmm Faris rasa sampai sini jela kot yang Faris dapat cerita sebab Faris pun dah penat ni .. Baru balik dari berniaga ... Ohh ye sebelum terlupa , kat bawah ni ada gambar so korang tengok laa hasil nya tuh kay .. orite Assalamualaikum ! Selamat malam pembaca blogger !







Iron Man Mark IV